- Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
- Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan
CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
- Beri faedah atas simpanan
- Kenakan faedah atas pinjaman
- Buat pelaburan
- Utamakan keuntungan
SISTEM PERBANKAN ISLAM
- Berlandaskan prinsip Islam
- Tiada amalan riba dan faedah
PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)
SPK | SPI |
- Mengandungi unsur riba | - Mengharamkan unsur riba |
- Tertakluk kepada peraturan BNM | - Tertakluk kepada peraturan BNM dan hukum syarak |
- Bebas melabur dalam semua sektor termasuk perjudian | - Melabur hanya di tempat halal /tidak meragukan |
- Penasihat terdiri daripada pakar perbankan konvensional sahaja | - Penasihat terdiri daripada ulama,ahli akademik dan pakar perbankan Islam |
JENIS BANK
- Bank pusat
- Bank perdagangan dan Bank Islam
- Bank Saudagar
- Bank Badan Berkanun
- Bank Koperasi
Maksud Cek
- Dokumen perintah bertulis
- oleh penyimpan akaun semasa
- kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
- sejumlah wang tertentu
- pada tarikh tertentu
- kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.
Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
· Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek
· Penyuruh bayar - orang / pihak yang menandatangani cek
· Penerima - orang / pihak yang menerima bayaran
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang
CEK TERBUKA | CEK BERPALANG |
1. Tiada garisan selari pada muka cek | 1. Ada dua garisan selari pada muka cek |
2. Boleh ditunaikan dikaunter bank | 2. Mesti didepositkan dalam akaun
|
3. Tidak selamat
| 3. Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran |
Sebab Cek Berpalang dibuat
- Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
- Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
- Untuk menjadikan cek lebih selamat
- Apabila penerima tidak mahu cek terbuka
Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran
- Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
- Tidak perlu mengira wang tunai
- Boleh dihantar melalui pos
- Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai
- Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
- Sebagai bukti pembayaran
- Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
- Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
- Boleh batalkan pembayaran
Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit
- Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu sahaja.
- Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
- Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
- Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
- Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.
3 comments:
blog yg sgt cntik..tahniah
blog ini sgt cantik dan terima kasih untuk nota-nota yg bagus :)
Post a Comment