BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 28 October 2011

Tingkatan 5: Bab 3: Pengangkutan

Maksud

-       pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

Peranan Pengangkutan  

-     Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang
-    Edar barang ke merata dunia
-     Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-     Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-     Elakkan pembaziran
-     Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-     Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-     Galakkan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengganguran, meningkatkan taraf hidup masyarakat & meningkatkan pendapatan negara
-    Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-    Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

JENIS PENGANGKUTAN

-          Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
·         Pengangkutan darat
·         Pengangkutan laut
·         Pengangkutan udara
·         Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT
-          terbahagi kepada dua iaitu;
·         jalan raya
·         rel

Pengangkutan Jalanraya

-          terdiri daripada pengangkutan;
·         haiwan         -   lembu, kuda
·         kenderaan     -   lori, van

Kelebihan

-         Boleh serah barang dari pintu ke pintu
-         jimatkan masa
-         Kerja pemunggahan kurang
-         risiko barang rosak sedikit
-         Murah dan cepat  untuk jarak dekat
-         sesuai bawa barang diperlukan segera
-         Tiada jadual perjalanan
-         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak 
-         Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan

-       Mahal dan lambat bagi jarak jauh     
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
-       Ruang muatan terhad
-       Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
-       Kos penyelenggaraan tinggi 
-    Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  
-       Bidang tugasnya:
·         Daftar  kenderaan bermotor
·         Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
·         Uji dan keluarkan lesen memandu
·         Keluarkan permit sekolah memandu
·         Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
·         Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
·         Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
·         Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Pengangkutan Rel

-          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan

-       Murah dan cepat bagi jarak jauh     
-       Ruang muatan lebih luas
-       Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
-       Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
-       Masa bertolak dan tiba diketahui
-       Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh:   gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
              gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
-       ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan

-       Mahal dan lambat bagi jarak dekat
-       Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
-       Banyak kerja pemunggahan
-       Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
-       Kos penyelenggaraan tinggi
-       Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
PENGANGKUTAN  LAUT

-          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
-          terdiri daripada:
·         Perkapalan antarabangsa
-  belayar merentasi lautan besar
-  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
·         Perkapalan dalam negeri   
-  belayar sepanjang pantai
-  contoh: feri, kapal pesisir pantai 

Jenis kapal

·         Kapal kargo
-          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang                             
-          belayar ikut  jalan dan jadual tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan


·         Kapal kerentan (kapal tramp)
-          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
-          boleh ditempah / sewa atau dicarter
-          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
-         kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan)
-          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
-          tambang boleh ditawar
                                     
·         Kapal penumpang
-          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo                         
-          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan


KAPAL KARGO
KAPAL KERENTAN
1.  Belayar mengikut  jalan dan jadual yang tetap
1.  Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa

2.  Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti  perabot, mesin
2.  Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak

3.  Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

3.  Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter

4.  Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
4.  Boleh sewa seluruh kapal

5.  Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

5.  Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar 

6.  Bil muatan sebagai bukti barang diangkut
6.  Selain bil muatan, janji carter diperlukan

Kebaikan Pengangkutan Air

-       Boleh bawa muatan banyak   
-       Tambang lebih murah
-       Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
-       Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
-       Tiada kesesakan lalu lintas
-       Kos penyelenggaraan sedikit
-       Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
-       Ada kemudahan kontenarisasi  -  cepatkan urusan kastam        

Kekurangan Pengangkutan Air

-       Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
-       Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan 
-       Perjalanan lambat  sampai
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Jabatan Laut

-       peranannya:
·         Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
·         Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
·         Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
·         Selenggarakan pelabuhan
·         Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan

-       contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang
    Lembaga Pelabuhan Kuantan
-       peranannya;
·         kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
·         sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
·         sediakan  dermaga dan tongkang
·         sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
·         sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
·         sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
·         sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
·        keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar 
PENGANGKUTAN  UDARA
-          terbahagi kepada dua iaitu;
·         kapal terbang
·         helikopter

Kekurangan

-       Tambang mahal                         
-       Saiz dan berat kargo dihadkan
-       Tiada serahan pintu ke pintu
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
-       Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
-       Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan   

-   Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang contoh:  ekspot berlian dan emas
-  Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera
-   Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik contoh:  bunga dan buah-buahan
-    Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
-    Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat

Penerbangan Malaysia (MAS)

-      Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
-      Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

-       Peranannya;
·      Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
·      Sediakan perkhidmatan trafik udara
·      Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
·      Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
·      Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
·      Sediakan pembangunan lapangan erbang
·      Sediakan khidmat kecemasan


Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
-       Boleh bawa barang lebih banyak
-       Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
-       Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
-       Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
-       Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
-       Lambat sampai

SALURAN PAIP
-          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan   

-          Barang selamat daripada risiko kecurian
-          Barang segera sampai
-          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
-          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan

-          Kos pemasangan saluran paip tinggi
-          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
-          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

0 comments: