BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 28 October 2011

Tingkatan 5: Bab 5: Pergudangan

1.
Maksud pergudangan
-          aktiviti simpan barang sebelum di bawa ke pasaran

2.
Enam peranan pergudangan
  1. Jamin bekalan barang berterusan
-          bagi barang bermusim seperti padi

  1. Bantu stabilkan harga barang
-          selaraskan permintaan dan penawaran

  1. Elakkan kerosakan dan pembaziran
-          barang mudah rosak seperti ikan/ daging dapat disimpan dalam gudang penyetoran sejuk

  1. Jamin keselamatan barang
-          gudang dilengkapi dengan alat penggera kecurian/kebakaran

  1. Bolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan
-          seperti menyukat/menggred

  1. Membantu perniagaan antarabangsa
-          tempat simpanan sementara untuk barang import @eksport/  simpan barang import yang cukainya belum dibayar

3.
Kelebihan gudang berbon  kepada peniaga
-          Boleh tangguhkan pembayaran cukai  import

-          Boleh bayar cukai secara beransur-ansur

-          Elakkan modal pusingan terikat dengan stok

-          Boleh cagarkan barang untuk  pinjaman

4.
Kelebihan gudang berbon kepada kerajaan
-          mudahkan kutipan cukai

-          menjadi sumber maklumat kepada data import dan eksport

-          dapat atasi masalah elak cukai dan penyeludupan

-          dapat kawal kemasukan barang larangan



5.
Enam ciri gudang yang baik
  1. Lokasi strategik
-          berhampiran dengan pembekal/peruncit
-          terletak  di lapangan terbang / pelabuhan
-          terletak di tempat  mempunyai sistem pengangkutan/komunikasi yang baik

  1. Ruang yang mencukupi dan susun atur yang kemas
-          mudah lakukan aktiviti pecah pukal
-          mudah guna kenderaan pengangkut seperti fork-lift
-          mudah pembeli meneliti barang yang dipamerkan

  1. Mempunyai peralatan  mencukupi/canggih
-          seperti  trak angkut susun (fork-lift)/tali sawat penyampai (conveyor belt)

d.  Mempunyai ciri keselamatan
-          seperti  sistem penggera kebakaran/alat pencegah kecurian

  1. Pengurusan gudang  yang cekap
-          mempunyai kakitangan yang mahir
-          mempunyai sistem maklumat berkomputer

  1. Kesesuaian gudang dengan jenis barang
-          barang mudah rosak seperti ais krim /ikan disimpan dalam gudang penyetoran sejuk

1 comments:

ratuhatiQuwer said... [Reply]

bgs notes ni..sy mintak izin share yerr =)