BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 3 November 2011

Jualan Hari Karnival Keusahawanan

Kelab Perdagangan & Keusahawanan akan mengadakan jualan sempena Hari Karnival Keusahawanan. 

Pihak kelab meminta pelajar-pelajar memberikan cadangan jenis cenderahati yang akan dijual pada tersebut.

Kelab turut bercadang untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada sesiapa yang ingin ditujukan.
Terima kasih.

Sunday 30 October 2011

Pengguna Bijak

Tingkatan 4: Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

Saluran Agihan

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang  bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor