BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 28 October 2011

Tingkatan 5: Bab 1: Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain

-   Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
-     Berlandaskan prinsip komersial iaitu  keuntungan dan kecekapan

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
  1. Beri faedah atas simpanan
  2. Kenakan faedah atas pinjaman
  3. Buat pelaburan
  4. Utamakan keuntungan
SISTEM PERBANKAN ISLAM
-      Berlandaskan prinsip Islam
-      Tiada amalan riba dan faedah

PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)

SPK
SPI
-  Mengandungi unsur riba
- Mengharamkan unsur riba
- Tertakluk kepada peraturan BNM
- Tertakluk kepada peraturan BNM dan
   hukum syarak
-  Bebas melabur dalam semua sektor
   termasuk perjudian
-  Melabur hanya di tempat halal /tidak
    meragukan
-  Penasihat  terdiri daripada pakar
   perbankan konvensional sahaja
-  Penasihat terdiri daripada ulama,ahli
   akademik dan pakar perbankan Islam

JENIS BANK
  1. Bank pusat
  2. Bank perdagangan dan  Bank Islam
  3. Bank Saudagar
  4. Bank Badan Berkanun
  5. Bank Koperasi

 Maksud Cek  

-         Dokumen perintah bertulis
-         oleh penyimpan akaun semasa
-         kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
-         sejumlah wang tertentu
-         pada tarikh tertentu
-         kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.

Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
·                     Pesuruh bayar    -        bank yang mengeluarkan cek
·                     Penyuruh bayar  -        orang / pihak yang menandatangani cek
·                     Penerima           -        orang / pihak yang menerima bayaran

Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang


CEK TERBUKA
CEK BERPALANG
1.  Tiada garisan selari pada muka cek         
1.  Ada dua garisan selari pada muka cek        
2.  Boleh ditunaikan dikaunter bank
2.  Mesti didepositkan dalam akaun

3.  Tidak selamat                             

3.  Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran          

Sebab Cek Berpalang dibuat  

-         Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
-         Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
-         Untuk menjadikan cek lebih selamat
-         Apabila penerima tidak mahu cek terbuka

Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran  

-         Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
-         Tidak perlu mengira wang tunai
-         Boleh dihantar melalui pos
-         Selamat  kerana tidak perlu membawa wang tunai
-         Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
-         Sebagai bukti pembayaran
-         Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
-         Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
-         Boleh batalkan pembayaran

Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit  

-         Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu      sahaja.
-         Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
-         Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
-         Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
-         Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.

3 comments:

cekgu iyra said... [Reply]

blog yg sgt cntik..tahniah

navi bieber said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
navi bieber said... [Reply]

blog ini sgt cantik dan terima kasih untuk nota-nota yg bagus :)