BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 28 October 2011

Tingkatan 5: Bab 2: Insurans

ISTILAH DALAM INSURANS

  • Insurer         -        Syarikat insurans yang memberi perlindungan
  • Insured         -        Orang yang membili polisi insurans
  • Premium       -        Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk perlindungan
  • Polisi            -        Perjanjian antara insurer dan insured
  • Pampasan     -        gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga
  • Melindungi dari risiko
  • Dapat pampas an jika risiko berlaku
  • Lebih yakin untuk majukan perniagaan
Kepada Individu
  • Melindungi individu dan keluarga dari risiko
  • Jaminan masa depan
  • Dapat pampasan jika berlaku risiko
  • Satu cara menabung
  • Jika mati – waris dapat pampasan
Kepada negara
  • Membangunkan ekonimi negara
  • Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
  • Atau untuk beli bon
  • Memberi peluang pekerjaan
  • Taraf hidup rakyat meningkat
SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:

·         Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
·         Untuk menabung dalam satu dana
·         Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
·         Dikeluarkan untuk bayar pampasan
·         Lebihan wang dana dilabur
·         Bukan semua individu akan kena risiko
·         Yang ramai membantu yang sedikit

PERBEZAAN RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS


RISIKO BOLEH INSURANS
RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
  • Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu
  • Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
  • Kadar premium boleh ditetapkan
  • Kadar premium sukar ditetapkan
  • Cth: Kebakaran,kecurian
  • Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk


PRINSIP-PRINSIP INSURANS

  1. Kepentingan boleh diinsurans
    • Hanya boleh insuranskan nyawa/harta  yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
    • Tidak boleh insuranskan hak orang lain
    • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain
  1. Penuh Percaya Mutlak
·         Insured mesti memberi maklumat benar
·         Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
·         Jika ada penipuan
·         Polisi terbatal

  1. Indemniti
·         Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
·         Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
·         Bukan untuk dapat untung

JENIS INSURANS

INSURANS AM
  • Insurans Kemalangan
  • Insurans kebakaran
  • Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
  • Insurans lain

INSURANS HAYAT

  • Insurans hayat seumur Hidup
  • Insurans hayat sementara
  • Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN


  1. Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i)            Insurans motor pihak ketiga
·         Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
·         Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
·         Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
·         Premium murah
·         Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii)           Insurans Motor Komprehensif
·         Melindungi insured dan pihak ketiga
·         Premium lebih mahal
·         Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

  1. Insurans Kemalangan Peribadi
·         Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

  1. Insurans Liabiliti Am
·         Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
·         Jika risiko berlaku dipremis
·         Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
·         Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

  1. Insurans Liabiliti Majikan
·         Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
·         Premium dibayar oleh majikan
·         Majikan mencarum dalam Perkeso
-          Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
-          Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja

  1. Insurans Kebakaran
·         Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
·         Premium bergantung kepada:
-          Jenis bangunan
-          Kedudukan bangunan
-          Kegunaan bangunan
-          Kemudahan  keselamatan disediakan
-          Tempoh lindungan

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga -  seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
  1. Hubungi ejen
  2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
  3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
  4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
  5. Bayar premium
  6. Dapatkan nota lindungan
  7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
  1. Bila risiko berlaku:
-          buat laporan polis, bomba/hospital
-          dapatkan dokumentasi sebagai bukti
  1. Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
-          Bila / Bagaimana berlaku
-          Jumlah kerugian
  1. Hantar borang kepada insurer berserta:
-          Polisi / dokumen hak milik/geran
-          dokumen bukti / gambar –jika ada
  1. Insurer buat siasatan samada:
-          Jumlah tuntutan benar
-          Syarat dalam polisi dipatuhi
-          Wujud unsure pengkhinatan
  1. Jika semua OK , pampasan dibayar.

0 comments: