BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 28 October 2011

Tingkatan 5: Bab 4: Komunikasi

PERANAN KOMUNIKASI

  1. Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
-          Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

  1. Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
-          Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.

  1. Memudahkan kegiatan promosi.
-          Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.

  1. Meluaskan pasaran barangan.
-          Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak  
                  jauh.

  1. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
-          Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

  1. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
-          Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.


0 comments: