Sunday 30 October 2011
Tingkatan 4: Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri
Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
- aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
- Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
- terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.
Saluran Agihan
Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan
proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai
Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan
1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
· Barang yang sesuai - barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
· hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
· bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
· barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
· barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
· barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor
Posted by e-Perdagangan at 10/30/2011 10:35:00 pm 2 comments
Tingkatan 4: Bab 2: Unsur Perdagangan
Maksud Perdagangan
- agihan barang
- daripada pengeluar ke pengguna
Maksud Perniagaan
- jual beli barang
- dapat untung
Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan
PERDAGANGAN | PERNIAGAAN |
1. merupakan cabang pengeluaran | 1. merupakan cabang perdagangan |
2. agih barang | 2. beli dan jual barang |
3. tujuan agih barang | 3. tujuan dapat untung |
4. daripada perniagaan dan bantuan perniagaan | 4. terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa |
Posted by e-Perdagangan at 10/30/2011 10:26:00 pm 0 comments
Tingkatan 4: Bab 1: Asas Kepada Perdagangan
PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
KEPERLUAN | KEHENDAK |
Makanan,Pakaian, Rumah |
Kereta, tilam,TV |
|
|
|
|
|
|
|
|
Posted by e-Perdagangan at 10/30/2011 10:22:00 pm 0 comments
Friday 28 October 2011
Tingkatan 5: Bab 5: Pergudangan
1. | Maksud pergudangan | - aktiviti simpan barang sebelum di bawa ke pasaran |
2. | Enam peranan pergudangan |
- bagi barang bermusim seperti padi
- selaraskan permintaan dan penawaran
- barang mudah rosak seperti ikan/ daging dapat disimpan dalam gudang penyetoran sejuk
- gudang dilengkapi dengan alat penggera kecurian/kebakaran
- seperti menyukat/menggred
- tempat simpanan sementara untuk barang import @eksport/ simpan barang import yang cukainya belum dibayar |
3. | Kelebihan gudang berbon kepada peniaga | - Boleh tangguhkan pembayaran cukai import - Boleh bayar cukai secara beransur-ansur - Elakkan modal pusingan terikat dengan stok - Boleh cagarkan barang untuk pinjaman |
4. | Kelebihan gudang berbon kepada kerajaan | - mudahkan kutipan cukai - menjadi sumber maklumat kepada data import dan eksport - dapat atasi masalah elak cukai dan penyeludupan - dapat kawal kemasukan barang larangan |
5. | Enam ciri gudang yang baik |
- berhampiran dengan pembekal/peruncit - terletak di lapangan terbang / pelabuhan - terletak di tempat mempunyai sistem pengangkutan/komunikasi yang baik
- mudah lakukan aktiviti pecah pukal - mudah guna kenderaan pengangkut seperti fork-lift - mudah pembeli meneliti barang yang dipamerkan
- seperti trak angkut susun (fork-lift)/tali sawat penyampai (conveyor belt) d. Mempunyai ciri keselamatan - seperti sistem penggera kebakaran/alat pencegah kecurian
- mempunyai kakitangan yang mahir - mempunyai sistem maklumat berkomputer
- barang mudah rosak seperti ais krim /ikan disimpan dalam gudang penyetoran sejuk |
Posted by e-Perdagangan at 10/28/2011 09:39:00 pm 1 comments
Tingkatan 5: Bab 4: Komunikasi
PERANAN KOMUNIKASI
- Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
- Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.
- Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
- Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.
- Memudahkan kegiatan promosi.
- Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.
- Meluaskan pasaran barangan.
- Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak
jauh.
- Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
- Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.
- Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
- Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI
(i) Televisyen dan radio.
(ii) Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.
Posted by e-Perdagangan at 10/28/2011 09:18:00 pm 0 comments
Tingkatan 5: Bab 3: Pengangkutan
Maksud
- pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip
Peranan Pengangkutan
- Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang
- Edar barang ke merata dunia
- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
- Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Elakkan pembaziran
- Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Galakkan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengganguran, meningkatkan taraf hidup masyarakat & meningkatkan pendapatan negara
- Galakkan penyebaran sains dan teknologi
- Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
JENIS PENGANGKUTAN
- Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
· Pengangkutan darat
· Pengangkutan laut
· Pengangkutan udara
· Saluran paip
PENGANGKUTAN DARAT
- terbahagi kepada dua iaitu;
· jalan raya
· rel
Pengangkutan Jalanraya
- terdiri daripada pengangkutan;
· haiwan - lembu, kuda
· kenderaan - lori, van
Kelebihan
- Boleh serah barang dari pintu ke pintu
- jimatkan masa
- Kerja pemunggahan kurang
- risiko barang rosak sedikit
- Murah dan cepat untuk jarak dekat
- sesuai bawa barang diperlukan segera
- Tiada jadual perjalanan
- Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
- Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak jauh
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
- Ruang muatan terhad
- Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Pembaziran tenaga buruh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Bidang tugasnya:
· Daftar kenderaan bermotor
· Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
· Uji dan keluarkan lesen memandu
· Keluarkan permit sekolah memandu
· Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
· Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
· Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
· Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil
Pengangkutan Rel
- contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT
Kelebihan
- Murah dan cepat bagi jarak jauh
- Ruang muatan lebih luas
- Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
- Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
- Masa bertolak dan tiba diketahui
- Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
- ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak dekat
- Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
- Banyak kerja pemunggahan
- Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
PENGANGKUTAN LAUT
- sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
- terdiri daripada:
· Perkapalan antarabangsa
- belayar merentasi lautan besar
- contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
· Perkapalan dalam negeri
- belayar sepanjang pantai
- contoh: feri, kapal pesisir pantai
Jenis kapal
· Kapal kargo
- kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
- belayar ikut jalan dan jadual tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
· Kapal kerentan (kapal tramp)
- kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
- boleh ditempah / sewa atau dicarter
- tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
- kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan)
- boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
- tambang boleh ditawar
· Kapal penumpang
- kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
- belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan
KAPAL KARGO | KAPAL KERENTAN |
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap | 1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa |
2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin | 2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak |
3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan | 3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter |
4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja | 4. Boleh sewa seluruh kapal |
5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan | 5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar |
6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut | 6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan |
Kebaikan Pengangkutan Air
- Boleh bawa muatan banyak
- Tambang lebih murah
- Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
- Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
- Tiada kesesakan lalu lintas
- Kos penyelenggaraan sedikit
- Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
- Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam
Kekurangan Pengangkutan Air
- Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
- Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perjalanan lambat sampai
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja
Jabatan Laut
- peranannya:
· Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
· Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
· Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
· Selenggarakan pelabuhan
· Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran
Lembaga Pelabuhan
- contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
- peranannya;
· kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
· sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
· sediakan dermaga dan tongkang
· sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
· sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
· sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
· sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
· keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar
PENGANGKUTAN UDARA
- terbahagi kepada dua iaitu;
· kapal terbang
· helikopter
Kekurangan
- Tambang mahal
- Saiz dan berat kargo dihadkan
- Tiada serahan pintu ke pintu
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
- Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
- Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
- Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang contoh: ekspot berlian dan emas
- Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
- Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik contoh: bunga dan buah-buahan
- Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
- Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
Penerbangan Malaysia (MAS)
- Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
- Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
- Peranannya;
· Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
· Sediakan perkhidmatan trafik udara
· Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
· Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
· Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
· Sediakan pembangunan lapangan erbang
· Sediakan khidmat kecemasan
Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
- Boleh bawa barang lebih banyak
- Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
- Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
- Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
- Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
- Lambat sampai
SALURAN PAIP
- cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
- Barang selamat daripada risiko kecurian
- Barang segera sampai
- Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
- Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
- Kos pemasangan saluran paip tinggi
- Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
- Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Posted by e-Perdagangan at 10/28/2011 04:23:00 pm 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)